Friday, 9 October 2015

Tapak Niaga di Booth Vendor Pesta Konvokesyen UPM di Bukit Ekspo UPM Utk Disewa, 30hb Okt - 4hb Nov 2015

Vendor barangan kering sahaja diperlukan sebab makanan dan minuman tidak dibenarkan, terima kasih.



Selamat datang ke laman kami Booth Vendor UPM,

Kami ingin membuka peluang kepada peniaga-peniaga untuk menyertai vendor di booth kami di Pesta Konvo UPM 2015 bertempat di Bukit Ekspo, UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.


Program : EKSPO PERTANIAN & PESTA KONVOKESYEN KE-39
Tarikh : 30 Oktober hingga 4 November 2015
Lokasi : Bukit Ekspo UPM

ADAKAH ANDA PENIAGA BARANGAN KERING?

ANDA INGIN CUBA TEROKA PELUANG & POTENSI PASARAN PERNIAGAAN DALAM  UPM?

KENAPA KAMI?

Pesta Konvo UPM 2015 merupakan tahun kelima berturut-turut penyertaan kami dan kali ini kami ingin berkongsi peluang bersama anda untuk turut serta sebagai vendor di booth kami. 

Tapak keluasan booth kami ialah 10 kaki x 20 kaki dan terletak di bahagian 'corner lot' dimana ianya adalah kawasan yang sangat strategik. 

Pihak kami akan cuba membantu untuk menjual produk anda dengan cara menyediakan peralatan asas dan kemahiran pekerja kami dimana ia dapat menjimatkan kos operasi, kos upah, serta masa anda daripada berniaga sendiri. 

Kami juga akan cuba menarik seberapa ramai pengunjung ke booth kami melalui kaedah penawaran 'free gift', penjualan topup prepaid, sebaran fliers dan iklan poster di kolej-kolej kediaman pelajar UPM yang berdekatan, tawaran harga diskaun yang menarik, dan lain-lain bentuk pemasaran yang bersesuaian.

TERMA DAN SYARAT

1. KADAR SEWA
- Bayaran sewa adalah tertaluk pada saiz ruang slot yang disediakan oleh pihak kami dimana mengikut keluasan 1 unit meja kecil & 1 unit railing. (rujuk gambar peralatan di bawah)




- Tiada caj lain yang tersembunyi. Tiada komisyen yang diambil atas jualan, hanya bayaran sewa sahaja.

- Untuk bayaran vendor baru, bayaran yang diperlukan hanya RM500 RM300 sahaja dan terhad untuk lima (5) slot sahaja berdasarkan kepada 'first paid first serve'

- Pihak kami akan menyediakan peralatan asas untuk pameran produk jualan anda :-
i) meja kecil putih (IKEA) size +- 2kaki x 2kaki = 1 unit
ii) railing baju putih (IKEA) size +- 3kaki x 1.5kaki = 1 uni
iii) hanger baju hitam/putih


 2. KONTRAK
- Dimaklumkan bahawa kami tidak mempunyai kontrak, dimana setiap vendor perlu mengikuti tempoh program iaitu selama enam (6) hari sahaja.

- Jika vendor keluar awal sebelum tamat program, wang tidak akan dipulangkan.

3. STOK
- Setiap vendor perlu menghantar sendiri stok ke booth kami sehari sebelum bermulanya program atau selewat-lewatnya pada pagi hari pertama.

- Barang yang diletakkan di booth kami wajib mempunyai tanda harga, jenis barangan, nama vendor di setiap tag harga barang untuk memudahkan urusan jual beli. Stok barangan mestilah diletakkan di dalam container bagi mengelakkan terkena air.

- Pihak kami akan memaklumkan kepada vendor jika stok hampir habis dan vendor perlu menambah stok segera untuk mengelak masalah ketiadaan stok.

- Pihak vendor perlu menyediakan senarai stok setiap kali penghantaran stok dilakukan.

- Vendor boleh meletakkan barang niaga sebanyak mana selagi bersesuaian dengan saiz ruang anda. Kami tidak menyediakan stor simpanan.

- Vendor hanya dibenarkan meletakkan produk yang tergolong dari kategori yang dipersetujui sahaja. Produk makanan dan minuman tidak dibenarkan sebab kategori booth kami adalah jenis barangan kering iaitu terdiri daripada Tudung, Pakaian, Kasut, Gajet dan Aksesori.

4. RISIKO
i) KEROSAKAN
- Vendor perlu memastikan setiap produk yang dihantar adalah dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kerosakan. Pihak kami tidak akan menanggung segala kerosakan yang dihadapi.

ii) BENCANA
- Terdapat kemungkinan bencana boleh melanda di kawasan niaga atas sebab faktor musim cuaca yang tidak menentu dalam tempoh program tersebut berlangsung.

- Jika terdapat sebarang kerosakan atau kerugian akibat bencana, pihak kami tidak dapat bertanggungjawab sebab ianya adalah diluar kawalan kami. 

iii) KEHILANGAN/KECURIAN
- Risiko kehilangan atau kecurian barangan jika semasa terlampau ramai pengunjung dalam satu-satu masa iaitu kebiasaannya pada hari sabtu dan ahad dimana ianya diluar kawalan kami untuk pemerhatian, namun kami akan cuba sedaya-upaya untuk mencegah dan menghalang dari perkara-perkara yang menyumbang kepada risiko.

- Risiko kehilangan atau kecurian jika semasa selepas tempoh penutupan booth sebab kebiasaanya semua peniaga akan tinggalkan barangan masing-masing di booth pada waktu malam, kami akan cuba melindungi booth dengan kain kanvas. 

VENDOR (NAMA BUSS/IG) :

NAMA PEMILIK :

ALAMAT :

NO TELEFON :

EMEL :

JENIS PRODUK :


Dengan ini, saya bersetuju dan menerima segala terma dan syarat yang termaktub di dalam perjanjian sewaan vendor di booth tuan. Pihak tuan berhak untuk menamatkan penyertaan saya jika saya melanggar segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.


Tandatangan Pihak Vendor


NAMA:
NO KP:
TARIKH:

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 012-6376515 (en. Muhd)

No comments:

Post a Comment